LAWATAN MENTERI

21 Disember 2020 

KOTA MARUDU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili telah berkesempatan melawat Projek Agropolitan Gana Kota Marudu. Beliau telah diberikan taklimat ringkas oleh Pengurus Besar LIGS Sabdil Tanjong mengenai kemajuan ladang getah yang dibangunkan oleh pihak LIGS di Kg Gana.

Projek Agropolitan Kg. Gana, Kota Marudu ini melibatkan dua komponen utama iaitu Projek Perumahan yang dikendalikan  oleh pihak FELCRA Berhad dan ladang getah yang dikendalikan oleh LIGS.

Ladang getah Fasa 1 seluas 491.53 hektar mula dibangunkan pada tahun 2013 dan pada masa ini telah pun matang sedia untuk ditoreh.

Manakala bagi ladang getah Fasa 2 seluas 1,000 hektar telah dibangunkan secara berperingkat bermula pada tahun 2019.

Turut hadir dalam lawatan ini  termasuk Pegawai Daerah Kota Marudu En. Arnold Joibi, Setiusaha Bahagian (Tanah dan Wilayah) Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan En. Muhamed B Mat Yaakup, pegawai-pegawai kanan FELCRA Berhad serta kakitangan-kakitangan LIGS.