Lawatan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah

Pengerusi LIGS, Tuan Edward Linggu beserta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah telah mengadakan Lawatan Kerja ke LIGS daerah Tuaran pada 23 Mac 2021.  Lawatan kerja tersebut, turut dihadiri oleh Pengurus Besar LIGS, Tuan Sabdil Bin Tanjong bersama Timbalan-Timbalan Pengurus Besar dan kakitangan LIGS di daerah Tuaran.  Ini merupakan lawatan yang julung kali diadakan semenjak pelantikan Ahli Lembaga Pengarah baharu LIGS.

Rombongan tersebut telah mengadakan Lawatan Kerja ke Unit Semaian Buah-Buahan Tuaran dan Skim Penempatan Getah Tuaran. Dalam lawatan tersebut, rombongan telah diberikan taklimat oleh Pegawai Penguasa dan Pengurus Skim masing-masing mengenai peranan dan fungsi Unit berkenaan.  Sebelum lawatan ke Kilang SMR Tuaran, rombongan tersebut telah dibawa melawat ke ladang untuk melihat dengan lebih dekat lagi aktiviti-aktiviti pembelian yang dilaksanakan oleh LIGS di ladang-ladang pekebun kecil.

Lawatan diakhiri ke Kilang Getah SMR Tuaran dan di sepanjang lawatan tersebut, rombongan telah dibawa untuk melihat setiap aktiviti pemprosesan di kilang tersebut.  Sebelum itu, mereka telah diberikan taklimat oleh Pengurus Kilang, Encik Alfunsus Danding.  Lawatan Kerja disudahi dengan ucapan Pengerusi LIGS, Tuan Edward Linggu, yang mana menyarankan agar Ahli-Ahli Lembaga Pengarah LIGS bersama-sama pihak Pengurusan dapat menggunakan input, maklumat, panduan dan informasi untuk dianalisa bagi membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah di Sabah selaras dengan matlamat Kerajaan untuk mengurangkan jurang kemisikian.