PELANCARAN BUKU PELAN ANTI RASUAH LIGS

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah terus komited memperkasakan usaha meningkatkan integriti organisasi dan membendung rasuah. Atas dasar itu, LIGS telah melancarkan Pelan Anti Rasuah LIGS pada 07 Jun 2021. Pelancaran pelan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffry G. Kitingan di Wisma Pertanian Sabah.

Dalam majlis yang sama, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffry G. Kitingan juga turut melancarkan Pelan Anti Rasuah Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Koperasi Nelayan (Ko-Nelayan) dan Pelan Strategik Jabatan Perikanan Sabah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pembantu Menteri I, Datuk James Ratib, Pembantu Menteri II YB Hendrus Anding, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, Pengerusi-pengerusi Agensi di Bawah MAFS, Ketua-ketua Jabatan, Pengurus-pengurus Besar Agensi MAFS serta warga MAFS.