KENINGAU: Dialog diadakan supaya ada pertemuan pemikiran dan perkongsian idea bagaimana menangani masalah yang wujud, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan hari ini.  Antara yang dibincangkan ialah meningkatkan harga lantai dengan mencadangkan daripada RM2.50 kepada RM3.50. Jelasnya harga lantai yang digunapakai sekarang belum berubah sejak tujuh tahun yang lalu dan tuntutan kenaikan harga lantai adalah wajar. Sementara itu wujud keperluan mencari jalan bagaimana menangani beban pekebun kecil dari segi pendapatan.

Katanya, “Salah satu daripada perbincangan kita adalah menambah baik aktiviti tambahan ekonomi dalam kebun-kebun mereka seperti aktiviti menanam nanas, memelihara madu kelulut, menternak ayam, kambing dan apa sahaja yang boleh menambahkan pendapatan mereka, yang mana boleh meringankan beban.” Antara lain yang dibincangkan ialah menaikkan subsidi dan mengurangkan harga racun pertanian.

Ahli-ahli panel dalam dialog hari ini ialah DSP Dr Jeffrey, Pengerusi LIGS Edward Linggu, JP dan Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong. Turut hadir ialah YB Datuk Robert Tawik @ Nordin, YB Datuk Annuar Ayub @ Banand dan YB Flovia Ng.