BAHAGIAN KEMAJUAN PEKEBUN KECIL
Pengenalan Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil
Fungsi Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil (KPK) adalah untuk membantu pekebun-pekebun kecil
getah membangunkan kawasan Tanam Baru dan Tanam Semula Getah Berkelompok berdasarkan
peruntukan yang diterima dari Kerajaan setiap tahun dengan matlamat untuk mewujudkan sumber
pendapatan serta meningkatkan pendapatan mereka ke paras yang tinggi dan mapan.
Objektif Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil
Objektif utama bahagian ini ialah untuk membantu pekebun kecil atau penduduk luar bandar
bagi:-
a. Meningkatkan pengeluaran getah dan pendapatan mereka dengan menanam klon lateks balak;
b. Membasmi/mengurangkan kadar kemiskinan;
c. Memindahkan teknologi baharu yang berkaitan dengan pengurusan dan tanaman getah;
d. Membekalkan dan meningkatkan perkhidmatan dalam sistem penyampaian yang berkesan
kepada para pekebun kecil.
Strategi Bahagian Kemajuan Pekebun Kecil
Strategi yang digunakan untuk mencapai objektif-objektif tersebut adalah melalui:-
a. Program Tanam Baru Getah Berkelompok dengan Klon Lateks Balak di kawasan baharu;
b. Program Tanaman Semula Getah Berkelompok dengan Klon Lateks Balak di kawasan getah
tua yang tidak ekonomik