Kewangan – Fungsi

BAHAGIAN KEWANGAN

KEW

Dasau Hassan

Pegawai Tadbir

Emel: Dasau.Hassan@sabah.gov.my
No. Telefon :088-212 311 smbg.40

BAHAGIAN KEWANGAN

Pendahuluan

Bahagian Kewangan bertanggungjawab mengawal akaun terimaan dan bayaran mengikut
prosedur kewangan dan pekeliling yang berkaitan. Prosedur Kewangan dimaktubkan dalam MS
ISO 9001:2015 berkuatkuasa pada tahun 2018 untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada
para pelanggan LIGS.

Piagam Pelanggan

i) Buku Bajet Tahunan LIGS siap disediakan pada suku ke-4 setiap tahun dan diluluskan dalam
   Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Mesyuarat Penuh Ahli Lembaga Pengarah.

ii) Resit rasmi LIGS disediakan serta merta kepada pelanggan pada tarikh penerimaan bayaran
    dan mengurus pemasukan ke dalam akaun bank LIGS serta-merta atau pada hari bekerja
    berikutnya.

iii) Pesanan Kerja Awam (GWO) dan Pesanan Pembelian Tempatan (LPO) siap disediakan
     dalam tempoh 7 hari bekerja bermula pada tarikh terima borang LIGS-KEW-002 di Bahagian
     Kewangan selepas kelulusan Pengurus Besar.

iv) Memastikan cek pembayaran dibuat dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh makluman
     inbois direkod dalam sistem perakaunan LIGS.

Fungsi

Fungsi-fungsi utama Bahagian Kewangan adalah seperti berikut:-

i) Membayar dan mengendalikan Sistem Akaun mengikut peraturan kewangan;
ii) Memproses pembayaran dan mengeluarkan cek kepada pelanggan;
iii) Mengakaun pungutan hasil;
iv) Mengurus perolehan kerja, perkhidmatan atau bekalan;
v) Membenarkan pengauditan atas semua rekod kewangan; dan,
vi) Memberi maklumat dan panduan kepada pihak Pengurusan.