|
Hubungi KamiMaklum BalasPeta LamanAdmin
LIGS - Lembaga Industri Getah Sabah
UtamaPerkhidmatanPencapaianSudut IntegritiKelab Sukan

Berita Terkini

Kembali ke Berita
9 Januari 2026

MAJLIS PELANCARAN HR HANDBOOK KILANG-KILANG PEMPROSESAN GETAH

Pengurus Besar LIGS Tuan Sabdil bin Tanjong telah merasmikan Majlis Pelancaran HR Handbook Kilang-Kilang pemprosesan getah di bawah seliaan LIGS bertempat di Kilang SMR Tuaran. Majlis bersejarah ini turut disaksikan oleh Timbalan-timbalan Pengurus Besar LIGS, Pengarah Urusan LIGS Solution, pegawai-pegawai wilayah LIGS, pengurus-pengurus kilang serta warga kerja kilang SMR Tuaran. Pelancaran HR handbook ini merupakan satu inisiatif strategik Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan kilang-kilang getah dalam memperkukuh tadbir urus organisasi serta meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia di semua kilang di bawah seliaan LIGS. Dokumen rujukan ini disediakan sebagai panduan rasmi yang komprehensif bagi memastikan pelaksanaan prosedur kerja, peranan dan tanggungjawab kakitangan dan pekerja kilang dilaksanakan secara seragam, telus dan berstruktur. Antara objektif utama penerbitan HR handbook ini adalah untuk menyelaraskan prosedur-prosedur sumber manusia, termasuk aspek pentadbiran, pengurusan kakitangan, disiplin, gaji, jawatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Selain itu, HR handbook ini juga bertujuan menambah baik struktur organisasi kilang-kilang getah agar lebih praktikal, efektif dan sejajar dengan keperluan operasi semasa industri getah. Dalam ucapannya, Tuan Pengurus Besar menegaskan bahawa pelaksanaan handbook ini diharap dapat meningkatkan tahap profesionalisme warga kerja, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta menyokong usaha penambahbaikan berterusan di peringkat kilang. Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama dan komitmen semua pihak dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan yang telah ditetapkan. Majlis pelancaran ini mencerminkan komitmen berterusan LIGS dalam memodenkan sistem pengurusan organisasi serta memperkukuh daya saing industri getah Sabah ke arah pembangunan yang mampan dan berdaya tahan.

LIGS - Lembaga Industri Getah Sabah

"Industri Getah Memacu Gemilang"

Maklumat Hubungan

Aras 3, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik, Luyang, 88999 Kota Kinabalu, Sabah
088-212311
gm.getah@sabah.gov.my

Tentang Kami

Mengenai LIGSVisi & MisiCarta OrganisasiDirektoriHubungi KamiMaklum Balas

Pautan Pantas

TenderPeta LamanKalendar AktivitiPencapaian

Dasar & Notis

PrivasiDasar KeselamatanPenafianNotis Hak Cipta

Ikuti Kami

Ikuti media sosial kami untuk berita dan kemas kini terkini.

© 2026 Lembaga Industri Getah Sabah. Hak cipta terpelihara.