|
Hubungi KamiMaklum BalasPeta LamanAdmin
LIGS - Lembaga Industri Getah Sabah
UtamaPerkhidmatanPencapaianSudut IntegritiKelab Sukan

Berita Terkini

Kembali ke Berita
1 April 2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN PENYERAHAN WATIKAH AHLI LEMBAGA PENGARAH

KOTA KINABALU - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengerusi LIGS dan Ahli Lembaga Pengarah yang baharu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Menteri MAFFI iaitu Datuk Hj. Jamawi Jaafar, Diiringi Setiausaha Tetap (SUT) MAFFI, Datuk Jumain Abdul Ghani. Dalam majlis tersebut YB Menteri Mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Pengerusi LIGS yang baharu iaitu YBhg Datuk Seri Panglima Jahid Jahim. Semoga dengan perlantikan ini akan memantapkan lagi peranan dan tanggungjawab LIGS, terutamanya bagi menjaga kebajikan dan peningkatan taraf hidup para pekebun kecil getah. Dalam masa yang sama Pengerusi LIGS yang baharu juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri di atas perlantikan ini dan berharap agar LIGS akan terus menyumbang kepada pembangunan Negeri Sabah. Majlis ini juga turut diserikan dengan sambutan hari raya Aidil Fitri yang berlangsung secara serentak dan sederhana.

Lihat lebih banyak di gallery Penyampaian Watikah Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah serta Sambutan Hari Raya 2026

LIGS - Lembaga Industri Getah Sabah

"Industri Getah Memacu Gemilang"

Maklumat Hubungan

Aras 3, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik, Luyang, 88999 Kota Kinabalu, Sabah
088-212311
gm.getah@sabah.gov.my

Tentang Kami

Mengenai LIGSVisi & MisiCarta OrganisasiDirektoriHubungi KamiMaklum Balas

Pautan Pantas

TenderPeta LamanKalendar AktivitiPencapaian

Dasar & Notis

PrivasiDasar KeselamatanPenafianNotis Hak Cipta

Ikuti Kami

Ikuti media sosial kami untuk berita dan kemas kini terkini.

© 2026 Lembaga Industri Getah Sabah. Hak cipta terpelihara.