
KURSUS PENOREHAN BLOK MARAHANG DAN PINAHAWON
PENAMPANG, 23-25 Jun 2026 - Berlangsungnya Kursus Penorehan bagi Blok Marahang dan Blok Pinahawon. Kursus penorehan ini bertujuan memberi latihan dan tunjuk ajar kepada penoreh mengenai kaedah pembukaan panel torehan pokok getah dan cara-cara menoreh getah dengan kaedah yang betul. Unit Pusat Latihan Tuaran merupakan Unit yg bertanggungjawab dalam menjalankan kursus penorehan ini dan Jurulatih pada masa ini adalah En. Bone Baurah. Turut serta di dalam sesi Kursus Torehan ini ialah Tuan Yusof Bin Awang dan Sylmond Kasuab Wakil dari Lembaga Getah Malaysia Cawangan Sabah penerangan berkaitan cara kawalan penyakit akar putih. Sementara itu, Unit Kemajuan Pekebun Kecil Getah Penampang diwakili Pegawai Penguasa Encik Hezeoni Bin Widi. Disepanjang kursus ini peserta akan diberikan set peralatan menoreh seperti pisau toreh dan batu pengasah. Peserta akan diberikan penilaian di sepanjang kursus ini dan seterusnya peserta yang layak akan diberikan peralatan penorehan lain seperti mangkuk torehan, dawai sangkut dan pancuran.



