Berita Terkini

Kembali ke Berita
26 September 2026

MAJLIS PELANCARAN PRODUK BANTAL LATEKS (LUMI BORNEO) KELUARAN LIGS

KOTA KINABALU - Berlangsungnya Majlis Pelancaran Produk Bantal Lateks jenama LUMI BORNEO keluaran Lembaga Industri Getah Sabah. Majlis pelancaran ini telah berlangsung di Suria Sabah Shopping Mall dan teks ucapan YAB Ketua Menteri disampaikan oleh YB Datuk Jamawi Jaafar dan antara intipati ucapannya ialah Kerajaan Negeri menyambut baik inisiatif Lembaga Industri Getah bagi inovasi pembuatan bantal lateks. Inisiatif ini selari dengan matlamat dan halatuju Kerajaan Negeri Sabah yang menggalakkan pembuatan industri hiliran di dalam negeri. Semasa pelancaran tersebut LIGS menawarkan harga bantal promosi kepada orang awam dengan harga RM 128.00 seunit. Sementara bagi pekebun kecil getah harga promosi yang ditawarkan ialah RM 98.00 seunit. Diakhir majlis tersebut, telah berlangsungnya sesi menandatangani Memorandum Kerjasama MOC antara Lembaga Industri Getah Sabah dengan Syarikat Dura Foam Sdn Bhd.