Berita Terkini

Kembali ke Berita
5 Oktober 2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN LIGS KEPADA TIMBALAN KETUA MENTERI II MERANGKAP MENTERI KEWANGAN SABAH

KOTA KINABALU - Kunjungan hormat barisan Pengurusan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) ke pejabat Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah yang diketuai oleh Pengurus Besar LIGS. Dalam kunjungan ini, pengurusan LIGS berpeluang memperkenalkan produk baharu LIGS iaitu Bantal Lateks Lumi Borneo dan Patung Lateks Proboscis Monkey yang dihasilkan 100℅ oleh para pekebun kecil getah LIGS. YB Menteri merakamkan tahniah dan memberikan dorongan untuk LIGS meneruskan penerokaan aktiviti hiliran berasaskan getah.