BAHAGIAN KEMAJUAN PEKEBUN KECIL
RINGKASAN
Pada tahun 2019, prestasi pembelian, pemprosesan serta pemasaran getah telah meningkat
jika dibandingkan dengan tahun 2018. Ini adalah disebabkan penghasilan getah oleh pekebun
kecil yang konsisten walaupun harga getah ladang kurang memberansangkan sepanjang tahun
tersebut.
Pencapaian pada tahun 2019 adalah seperti berikut:-
Walaupun penbelian bagi latex
dan getah kepingan telah tidak
mencapai sasaran, namun bagi gred
kentalan pencapaian adalah 131.5%
melebihi sasaran. Pada keseluruhan
tahun 2019 telah melebihi sasaran
sebanyak 4,311 tan atau 17.5%.
KEGIATAN DAN PENCAPAIAN
Pembelian Getah
Pembelian GetahKegiatan pembelian getah dijalankan oleh 16 buah Unit
Pembelian di seluruh negeri seperti berikut:-
Unit Pembelian Kawasan Diliputi
1) Beaufort Beaufort, Weston
2) Bongawan Bongawan
3) Kanibongan Kanibongan, Pitas
4) Keningau Keningau, Tambunan, Sook
5) Kota Belud Kota Belud
6) Kota Marudu Kota Marudu, Kudat
7) Kuala Penyu Kuala Penyu
8) Membakut Membakut
9) Nabawan Nabawan
10) Papar Papar
11) Ranau Ranau, Kaingaran
12) Sipitang Sipitang
13) Tawau Tawau, Lahad Datu, Semporna
14) Telupid Telupid, Tongod
15) Tenom Tenom
16) Tuaran Penampang, Inanam, Menggatal,
Tenghilan, Tamparuli, Kiulu,
Telipok
Pembelian getah dijalankan di ladang/kampung dan juga di pejabat setiap unit pembelian.
Jenis getah yang dibeli adalah kepingan tidak diasap (USS), kentalan dan sekerap.
Disamping itu pembelian lateks juga dijalankan oleh Unit Pembelian Beaufort, Bongawan,
Membakut, Keningau, Sipitang dan Tenom