Skim Penempatan Getah – Fungsi

BAHAGIAN KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

tpbp

Alexsius Modiun

Pegawai Pertanian

Emel: Alexsiun.Modiun@sabah.gov.my
No. Telefon :088-212 311 smbg.70

Pengenalan Bahagian Skim Penempatan Getah

Buat masa ini, ada lima (5) buah Skim Penempatan Getah, satu Projek Agropolitan Gana Kota Marudu, serta satu Ladang Getah Komuniti Kanibongan, Pitas sedang dikendalikan di bawah Bahagian Skim Penempatan Getah.

i. Skim Penempatan Getah Kuala Tomani, Tenom
ii. Skim Penempatan Getah Lagud Sebrang, Tenom
iii. Skim Penempatan Getah Tulid, Keningau
iv. Skim Penempatan Getah Tuaran
v. Skim Penempatan Getah Mendulong, Sipitang
vi. Ladang Getah Nabawan vii. Ladang Agropolitan Gana Kota Marudu
viii. Ladang Getah Komuniti Kanibongan

Jumlah kawasan Skim Penempatan Getah di Kuala Tomani, Lagud Sebrang,Tulid, Tuaran dan Mendulong adalah seluas 7,771 hektar yang mana seluas 6,705 hektar telah dimajukan, manakala baki seluas 1,066 hektar lagi adalah merupakan kawasan curam, anak-anak sungai, jalanraya serta kawasan penempatan dan Pusat Pentadbiran. Setakat 2019, seluas 1,554 hektar telahpun ditoreh dan dijangka seluas 784 hektar akan ditoreh pada tahun 2020.