Perkhidmatan dalam Talian

Harga Getah Sabah (RM/Kg)


Harga Getah tidak termasuk Insentif Pengeluaran Getah (IPG)
*LIGS : Bantuan LIGS
*BKNS : Bantuan Kerajaan Negeri Sabah

Ses Getah Sabah (RM/Tan)
Getah RM 22.00
Tanam Semula RM 100.00
Getah Mentah RM715.35/ Metrik Tan

05/02/2024 HINGGA 11/02/2024

LIGS PENERIMA SIJIL PENGURUSAN HUTAN PERTAMA DI MALAYSIA

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), agensi dibawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah telah berjaya mendapat Pensijilan Pengurusan Hutan bagi kategori getah daripada Forest Stewardship Council yang pertama di Malaysia.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata Ini merupakan sahutan cabaran dan tanggungjawab sikap peduli terhadap alam sekitar, dan penganugerahan dan pensijilan oleh Majlis Pengawasan Hutan (Forest Stewardship Council-FSC) yang dimulakan di daerah Tuaran adalah merupakan sejarah bagi sektor getah Malaysia.

“Seramai 56 peserta terlibat di ladang LIGS Skim Penempatan Getah Tuaran yang menjadi perintis dan penerima pensijilan yang disampaikan ini,” katanya di majlis Penyampaian Sijil FSC di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah, semalam. Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri II berkata LIGS sedang berusaha meluaskan skop pensijilan ke ladang-ladang lain di beberapa daerah termasuklah daerah Tenom, Keningau dan Sipitang dengan matlamat semakin ramai pekebun kecil dimasukkan ke dalam skim kumpulan FSC.

Menurutnya pematuhan kepada Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) merupakan cabaran global masa kini. “Peraturan dan syarat dikenakan ke atas pemasaran produk seperti getah, sawit, koko dan sebagainya,” katanya. Beliau berkata melalui pengkitirafan dan pensijilan pengurusan ladang yang ketat oleh FSC, ia membuka peluang pasaran baru yang lebih luas dan tidak hanya bergantung kepada yang sedia ada. “Ini adalah satu peluang kepada kita bagi memperluaskan produk komoditi khususnya getah dari Sabah sehingga ke Eropah pada satu hari nanti,” kata Jeffrey.

MAJLIS PENYAMPAIAN GAJI PERTAMA

PENYERAPAN PEKERJA BERGAJI HARI KE GAJI BULAN ANJURAN UNIT LATIHAN & KOMPENTENSI BAHAGIAN PENTADBIRAN

TUARAN: Majlis Penyampaian Gaji Pertama penyerapan Pekerja Bergaji Hari (PBH) ke gaji bulan telah diadakan bertempat di Unit Pusat Latihan Lembaga Industri Getah Sabah, Tuaran pada 25 Januari 2024. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Latihan & Kompetensi Bahagian Pentadbiran.

Pada majlis tersebut, seramai 41 orang Pekerja Bergaji Hari (PBH) telah diserapkan ke gaji bulan. Ini merupakan peningkatan berbanding pada tahun-tahun yang lalu yang mana seramai 22 orang pada tahun 2021 manakala 7 orang tahun 2022. Ini adalah selaras dengan matlamat LIGS untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dalam pelbagai bidang dan sedikit sebanyak dapat memberikan suntikan semangat agar kakitangan dapat bekerja dengan lebih gigih lagi.

Program ini juga merupakan salah satu intipati yang terkandung dalam ‘Malaysia Madani’ iaitu matlamat dan usaha kerajaan untuk meningkatkan Indek Kegembiraan kakitangan untuk menjadikan LIGS sebuah organisasi yang berprestasi tinggi (i-KOBT).

Turut diadakan dalam majlis tersebut adalah taklimat Pengenalan kepada Perkhidmatan Awam, taklimat Kemudahan dan Tuntutan Elaun, taklimat Pengukuhan Integriti Penjawat Awam dan seterusnya Penyampaian Amanat oleh Pengurus Besar LIGS, Tuan Sabdil bin Tanjong antara lainnya menggesa agar dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan LIGS supaya objektif dan matlamat organisasi tercapai iaitu meningkatkan taraf kehidupan pekebun kecil getah khususnya di negeri Sabah.

MAJLIS AMANAT

TIMBALAN KETUA MENTERI I, MERANGKAP MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH

KOTA KINABALU: Majlis Amanat YB Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan telah diadakan pada 7 Feb 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Pembantu Menteri (I) – Datuk Hendrus Anding, YB Pembantu Menteri (II) – Tuan Peto Galim, Datuk Robert Stidi – Setiausaha Tetap (SUT) MAFFI, YB. Puan Jannie Lasimbang – Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa, Datuk Edward Linggu – Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah, Timbalan I & II (SUT), Pengarah-Pengarah Jabatan & Agensi di bawah MAFFI, Pengarah-Pengarah Jabatan & Agensi di bawah Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (MAFS) serta kakitangan di bawah MAFFI.

Baca Sepenuhnya...

HEBAHAN INTEGRITI

“Integriti Di Hati” | Pertandingan Video Pendek (Naib Johan)