Perkhidmatan dalam Talian

HARGA GETAH RASMI LIGS

GETAH HARGA (RM) BKN (RM) LIGS (RM) JUMLAH (RM)
LATEKS Cell 2 Cell 2 Cell 2 Cell 2
KEPINGAN GRED I Cell 2 Cell 2 Cell 2 Cell 2
KEPINGAN GRED II Cell 2 Cell 2 Cell 2 Cell 2
KENTALAN GRED I Cell 2 Cell 2 Cell 2 Cell 2
KENTALAN GRED II Cell 2 Cell 2 Cell 2 Cell 2
SEKERAP Cell 2 Cell 2 Cell 2 Cell 2
*BKN: Bantuan Kerajaan Negeri Sabah
Harga Ses Getah Sabah (RM/tan)
Getah RM 22.00
Tanam Semula RM 100.00
Getah Mentah RM879.00/ Metrik Tan
06/01/2025 sehingga 12/01/2025

SENARAI SEBUT HARGA PEROLEHAN

Tajuk Tarikh Mula Tarikh Tutup Harga (RM)
SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJA KE LIGS DI WILAYAH
SKIM TAHUN 2025
06 JANUARI 2025 20 JANUARI 2024 RM100.00 SENASKHAH DOKUMEN

MAJLIS PENYAMPAIAN GAJI PERTAMA TAHUN 2025

TUARAN (21/01/2025) : Majlis Penyampaian Gaji Pertama (penyerapan pekerja bergaji hari ke gaji bulan) telah disempurnakan oleh Pengurus Besar LIGS, Tuan Sabdil Tanjong di Pusat Latihan LIGS Tuaran. Dalam ucapan perasmian penutupan, beliau menekankan bahawa Pihak Pengurusan sentiasa peka kepada kemakmuran semua Pegawai dan Kakitangan LIGS.serta cuba sedaya upaya memastikan berasa gembira menjadi keluarga besar LIGS.

Dalam majlis ini, seramai 22 orang pekerja bergaji hari yang telah berkhidmat antara 17 hingga 20 tahun telah diserap ke gaji bulan. Rata-rata pekerja yang ditemui melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan penyerapan ke gaji bulan ini.

Majlis turut dihadiri Puan Hjh. Mariani Hj Mahmood selaku Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran)/ Pegawai Sumber Manusia, Encik Jerry Stephen selaku Pegawai Tadbir/Pegawai Integriti dan Puan Jannet Ijom selaku Penolong Akauntan.

BENGKEL PEMURNIAN VERIFIKASI STOR TAHUN 2024

TUARAN : Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Verifikasi Stor Tahun 2024 pada 13 – 14 Januari 2025. Seramai 36 orang Pegawai Stor dari 35 stor-stor LIGS menyertai bengkel ini di Pusat Latihan Tuaran.

Bengkel dianjurkan bagi memberi fokus pembetulan bagi dapatan dalam Verifikasi Stor Tahun 2024 yang telah dibuat. Semua Pegawai Stor juga diberikan taklimat mengenai hala tuju pengurusan stor bagi tahun 2025.

Majlis perasmian penutupan di sempurnakan oleh Tuan Sabdil bin Tanjong selaku Pengurus Besar LIGS. Selain para peserta yang telah tamat bengkel diberikan sijil penyertaan, seramai 08 prang Pegawai Stor dipilih menjadi Pegawai Stor Contoh bagi tahun 2024. Pemilihan berdasarkan Penililaian Laporan Prestasi Stor bagi tahun 2024.

LIGS SUMBANG RM2 JUTA KEPADA KERAJAAN NEGERI

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) agensi dibawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah menyerahkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kerajaan Negeri.

Sumbangan itu diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor oleh Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong bersama Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu serta ahli-ahli lembaga pengarahnya semasa mengadakan kunjungan hormat di Menara Kinabalu pada Selasa.

Menurut Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong, jumlah sumbangan itu meningkat sebanyak 33% berbanding tahun lalu sebanyak RM1.5 juta. Katanya, sumbangan ini adalah berdasarkan prestasi kewangan LIGS yang baik pada tahun 2023 dan manifestasi semangat LIGS untuk berkongsi hala tuju untuk membangunkan negeri Sabah.

BERITA LIGS

KURSUS KESEDARAN PEMAKAIAN ALAT KESELAMATAN KENDIRI

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) pada 6 - 8 Mei 2024 telah dengan jayanya menganjurkan Kursus Kesedaran Pemakaian Peralatan Pelindungan Kendiri di Skim Penempatan Getah yang telah disertai oleh seramai 957 peserta. Tujuan kursus ini diadakan bagi memastikan para pekebun kecil getah peka terhadap kepentingan menjaga keselamatan diri sendiri ketika melakukan akitiviti penyelenggaraan di ladang seperti meracun, memotong rumput, dan membaja.

MESYUARAT PENYELARASAN EXCO-EXCO LUAR BANDAR (MEXCLUB)

KOTA KINABALU - 10 MEI 2024: Mesyuarat Penyelarasan dengan Exco-exco Luar Bandar (MEXCLUB) telah diadakan di Grand Ballroom, The Pasific Sutera, Kota Kinabalu. Dalam mesyuarat tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melawat gerai pameran LIGS dan sempat menikmati buah nanas segar dan jus nanas yang dihasilkan oleh para peserta program AET.

PROGRAM "BELIEVE IN YOUR DREAM"

KOTA KINABALU - 10 MAC 2024: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), agensi dibawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah telah berjaya mendapat Pensijilan Pengurusan Hutan bagi kategori getah daripada Forest Stewardship Council yang pertama di Malaysia.

LIGS PENERIMA SIJIL PENGURUSAN HUTAN PERTAMA DI MALAYSIA

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), agensi dibawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah telah berjaya mendapat Pensijilan Pengurusan Hutan bagi kategori getah daripada Forest Stewardship Council yang pertama di Malaysia.


MAJLIS PENYAMPAIAN GAJI PERTAMA


TUARAN: Majlis Penyampaian Gaji Pertama penyerapan Pekerja Bergaji Hari (PBH) ke gaji bulan telah diadakan bertempat di Unit Pusat Latihan Lembaga Industri Getah Sabah, Tuaran pada 25 Januari 2024. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Latihan & Kompetensi Bahagian Pentadbiran.

MAJLIS AMANAT 
TIMBALAN KETUA MENTERI I, MERANGKAP MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH

KOTA KINABALU: Majlis Amanat YB Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan telah diadakan pada 23 Januari 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.

HEBAHAN INTEGRITI

“Integriti Di Hati” | Pertandingan Video Pendek (Naib Johan)