MAJLIS PENYAMPAIAN GAJI PERTAMA

PENYERAPAN PEKERJA BERGAJI HARI KE GAJI BULAN ANJURAN UNIT LATIHAN & KOMPENTENSI BAHAGIAN PENTADBIRAN

TUARAN: Majlis Penyampaian Gaji Pertama penyerapan Pekerja Bergaji Hari (PBH) ke gaji bulan telah diadakan bertempat di Unit Pusat Latihan Lembaga Industri Getah Sabah, Tuaran pada 25 Januari 2024. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Latihan & Kompetensi Bahagian Pentadbiran.

Pada majlis tersebut, seramai 41 orang Pekerja Bergaji Hari (PBH) telah diserapkan ke gaji bulan. Ini merupakan peningkatan berbanding pada tahun-tahun yang lalu yang mana seramai 22 orang pada tahun 2021 manakala 7 orang tahun 2022. Ini adalah selaras dengan matlamat LIGS untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dalam pelbagai bidang dan sedikit sebanyak dapat memberikan suntikan semangat agar kakitangan dapat bekerja dengan lebih gigih lagi.

Program ini juga merupakan salah satu intipati yang terkandung dalam ‘Malaysia Madani’ iaitu matlamat dan usaha kerajaan untuk meningkatkan Indek Kegembiraan kakitangan untuk menjadikan LIGS sebuah organisasi yang berprestasi tinggi (i-KOBT).

Turut diadakan dalam majlis tersebut adalah taklimat Pengenalan kepada Perkhidmatan Awam, taklimat Kemudahan dan Tuntutan Elaun, taklimat Pengukuhan Integriti Penjawat Awam dan seterusnya Penyampaian Amanat oleh Pengurus Besar LIGS, Tuan Sabdil bin Tanjong antara lainnya menggesa agar dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan LIGS supaya objektif dan matlamat organisasi tercapai iaitu meningkatkan taraf kehidupan pekebun kecil getah khususnya di negeri Sabah.