MESYUARAT PENYELARASAN EXCO-EXCO LUAR BANDAR (MEXCLUB)

KOTA KINABALU - 10 MEI 2024

Pada hari ini satu Mesyuarat Penyelarasan dengan Exco-exco Luar Bandar (MEXCLUB) telah diadakan di Grand Ballroom, The Pasific Sutera, Kota Kinabalu. Dalam mesyuarat tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melawat gerai pameran LIGS dan sempat menikmati buah nanas segar dan jus nanas yang dihasilkan oleh para peserta program AET.

Beberapa produk usahawan di bawah bimbingan LIGS turut dipamer dan dijual semasa program tersebut antara lain adalah seperti buah Nanas MD2 segar, Jus nanas, madu kelulut dan beberapa makanan berasaskan buah nanas. Pada ketika ini, LIGS lebih menumpukan bidang tanaman nanas MD2 sebagai program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) memandangkan potensi pasaran di dalam mahupun di luar negara adalah amat menggalakkan.