MAJLIS AMANAT

TIMBALAN KETUA MENTERI I, MERANGKAP MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH

KOTA KINABALU: Majlis Amanat YB Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan telah diadakan pada 7 Feb 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Pembantu Menteri (I) – Datuk Hendrus Anding, YB Pembantu Menteri (II) – Tuan Peto Galim, Datuk Robert Stidi – Setiausaha Tetap (SUT) MAFFI, YB. Puan Jannie Lasimbang – Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa, Datuk Edward Linggu – Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah, Timbalan I & II (SUT), Pengarah-Pengarah Jabatan & Agensi di bawah MAFFI, Pengarah-Pengarah Jabatan & Agensi di bawah Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (MAFS) serta kakitangan di bawah MAFFI.

Yang Berhormat Menteri (YBM) memulakan amanat dengan menyentuh Isu ‘food
security’ @ keterjaminan makanan yang sering dipaparkan di media massa samada media sosial, elektronik dan sebagainya. 
Sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab terhadap kelestarian makanan kerajaan melalui MAFFI mengambil serius isu-isu yang sering dipaparkan ini. Sebagai langkah awal, Kabinet Negeri Sabah telah menubuhkan 2 Jawatankuasa iaitu ‘Jawatankuasa Kabinet Jaminan Makanan Negeri Sabah’ yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah. Sementara ‘Jawatankuasa Pasukan Bertindak Keterjaminan Makanan’ ditubuhkan di bawah seliaan MAFFI yang mana YB Timbalan Ketua Menteri 1, merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merupakan pengerusi kepada jawatan kuasa ini.

Sehubungan dengan ini, untuk memantapkan fungsi, objektif dan peranan kementerian untuk menangani isu-isu semasa jaminan makanan, maka nama kementerian turut diubah kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Penjenamaan semula kementerian ini adalah seiring dengan perubahan nama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di peringkat persekutuan.
 
Dalam majlis ini selain daripada menyampaikan amanat, YBM turut mengumumkan prestasi-prestasi Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian dari segi pencapaian Inistiatif Sabah Maju Jaya (SMJ). Secara keseluruhan YBM berpuashati dengan pencapaian Inisiatif SMJ setiap Jabatan dan Agensi di bawah kementerian. YBM
turut berbangga dengan pencapaian beberapa Jabatan dan Agensi di bawah kementerian, antaranya SSL untuk sektor perikanan yang mencapai 100%,
penghasilan beberapa variety buah-buahan seperti avokado, tarap dan nanas yang telah dihasilkan.

YBM turut menyampaikan cabaran-cabaran yang dihadapi pada masa ini, antaranya adalah kejadian banjir yang berlaku yang mendatangkan kesan kepada sektor pertanian dan perikanan. Fenomena alam seperti kejadian air pasang besar antara kejadian-kejadian yang turut berlaku yang mendatangkan kerosakan yang disebabkan oleh perubahan iklim. Selain daripada itu kekangan sumber kewangan & kapasiti dari segi kepakaran dan kemahiran turut disentuh yang mana akan mendatangkan kesan terhadap program, projek dan sasaran yang telah digariskan. YBM turut menekankan agar setiap Jabatan dan Agensi terus komited untuk menjayakan segala perancangan dengan cekap dan berkesan, segala dasar dan program yang dirancang dan dilaksanakan oleh penjawat awam bukan sahaja mengambarkan imej kerajaan tetapi mengambarkan imej perkhidmatan awam itu sendiri.

YBM turut menyentuh berkenaan Digital economy dan sejauh mana kementerian dan ditahap mana digitalization dilaksanakan kerana digitalization ini dapat meningkatkan keupayaan untuk melaksanakan program-program di bawah kementerian. Kementerian serta Jabatan dan agensi diharapkan akan terus proakatif
dan berganding bahu dalam menangani isu-isu terutama dalam zaman ekonomi yang tidak menentu. Kerjasama yang sedia ada akan diperingkatkan antara kementerian dan jabatan serta agensi-agensi negeri dan termasuk agensi persekutuan yang berada di Sabah.

Peranan penjawat awam dalam kerajaan adalah amat penting dalam menjayakan agenda dan program pembangunan. Penjawat awan adalah dipertanggungjawabkan dalam proses pelaksananan dasar-dasar kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat. YBM turut menekanan agar setiap penjawat awam di bawah kementerian ini hendaklah menanam sifat integriti, wibawa dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas masing masing. Sentiasa beringat dan menjauhi diri daripada perkara-perkara yang mempunyai conflict of interest dan boleh mengundang pelbagai spekulasi.

Sebagai rumusan, YBM berbangga dengan pencapaian MAFFI yang telah mencapai prestasi yang begitu memuaskan iaitu 92% namun masih terdapat ruang-ruang untuk penambahbaikan. Mungkin pada masa hadapan pengiktirafan boleh diberikan kepada Jabatan & Agensi yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Majlis diakhiri dengan harapan YBM bahawa majlis amanat menteri seperti ini dapat mencetuskan semangat, iltizam dan komitmen para penjawat awam untuk berusaha sama menerajui transformasi kearah pencapaian yang lebih tinggi dalam pertanian, perikanan dan perternakan.

Akhir sekali, YBM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Lembaga Industri Getah Sabah kerana telah berjaya mendapatkan Pensijilan Pengurusan Hutan bagi kategori getah daripada Forest Stewardship Council iaitu yang pertama di Malaysia. YBM menyatakan bahawa ini merupakan sahutan cabaran dan tanggungjawab sikap peduli terhadap alam sekitar, dan penganugerahan dan pensijilan oleh Majlis Pengawasan Hutan (Forest Stewardship Council-FSC) yang dimulakan di daerah Tuaran adalah merupakan satu sejarah bagi sektor getah di Malaysia.