Tentang Kami

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)

Logo LIGS

Logo LIGS

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) adalah sebuah Agensi Kerajaan Negeri di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah. LIGS telah memainkan peranan penting di dalam memajukan sektor industri getah pekebun kecil di negeri Sabah sejak ditubuhkan pada tahun 1950 melalui Enakmen Lembaga Tabung Getah 1950 (Pindaan No. 25 Tahun 1981), yang kemudiannya dipinda kepada Enakmen Lembaga Industri Getah (Pindaan) 2013.

LIGS diketuai oleh seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, Lima (5) orang Ahli Lembaga Pengarah, tiga (3) orang Ahli ex-officio dan seorang Pengurus Besar. Ketua Eksekutif Kumpulan Pengurusan adalah Pengurus Besar, yang dibantu oleh empat (4) orang Timbalan Pengurus Besar (TPB) iaitu TPB Pentadbiran, TPB Kemajuan Pekebun Kecil, TPB Skim dan TPB Pembelian Getah dan dua (2) Penolong Pengurus Besar (PPB) iaitu PPB Kewangan dan PPB Pemprosesan dan Pemasaran.