Visi & Misi
Arah strategik dan dasar teras LIGS
Visi
Industri Getah yang Moden, Berdaya Maju dan Dinamik
Misi
Membangunkan industri getah secara bersepadu melalui pengurusan sektor pekebun kecil yang efisien, meningkatkan pengeluaran dan mempelbagaikan industri hiliran yang mampu bersaing di pasaran global.
Dasar
- 1
Mewujudkan punca pendapatan yang tetap dan mapan kepada petani yang mengamalkan pertanian pindah randah, petani miskin dan miskin tegar.
- 2
Meningkatkan produktiviti dan pendapatan kepada para pekebun kecil getah.
- 3
Menempatkan petani yang mengamalkan pertanian pindah randah atau petani yang tidak mempunyai tanah ke skim penempatan getah.
- 4
Mempergiatkan proses pemindahan teknologi baharu kepada para pekebun kecil getah.
- 5
Menyediakan kemudahan pemprosesan dan pemasaran getah untuk pekebun kecil getah.
- 6
Menggalakkan pertumbuhan industri hiliran yang berasaskan getah dan kayu getah.