
MAJLIS PELANCARAN PELAN HALA TUJU STRATEGIK LIGS 2050 (V50)
Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik Halatuju LIGS 2050 (V50) yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Jamawi Ja’afar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. YB Datuk Haji Jamawi Ja'afar menyatakan bahawa kesediaan LIGS memikul amanah baharu mencerminkan keupayaan lembaga memperkasa institusi serta kepercayaan Kerajaan terhadap tahap profesionalisme dan keberkesanan pelaksanaannya. Beliau turut menegaskan peranan pengaktifan LIGS Solutions dalam memperkukuh aspek komersial, sekali gus meletakkan LIGS sebagai organisasi hibrid yang seimbang antara fungsi pembangunan dan kelestarian komersial. Pelan strategik ini digubal sebagai panduan hala tuju jangka panjang LIGS dalam memperkukuh pembangunan industri getah Negeri Sabah secara mampan, berdaya saing dan berimpak tinggi sehingga tahun 2050. Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian ini turut dihadiri oleh barisan pengurusan LIGS, ketua-ketua jabatan dan agensi, wakil industri serta jemputan rasmi.


