
MAJLIS PENGAGIHAN DIVIDEN PESERTA INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) FASA 1 DI KAMPUNG GANA, KOTA MARUDU
Majlis Pengagihan Dividen Peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Fasa 1 telah berjaya dilaksanakan di Kampung Gana, Kota Marudu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hendrus Anding, JP, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri Sabah (MAFFI). Program ini dianjurkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam memperkukuh kesejahteraan ekonomi rakyat serta membantu meningkatkan pendapatan peserta melalui pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat. Pengagihan dividen ini merupakan manifestasi komitmen kerajaan dalam menyokong pembangunan sosioekonomi komuniti setempat, khususnya dalam memastikan manfaat program dapat dinikmati secara berterusan oleh para peserta. Pengagihan dividen ini diharapkan dapat memberi manfaat berterusan kepada para peserta serta menyokong pembangunan sosioekonomi komuniti setempat.




