
EKSPEDISI MENAWAN GUNUNG KINABALU & PENGIBARAN PANJI 75 TAHUN LIGS DI PUNCAK TERTINGGI MALAYSIA
Dalam semangat memperingati Sambutan Jubli Intan, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah berjaya melakar satu lagi detik bersejarah menerusi Ekspedisi Menawan Gunung Kinabalu dan Pengibaran Panji 75 Tahun LIGS di puncak tertinggi Malaysia. Ekspedisi selama dua hari ini melibatkan seramai 13 peserta, terdiri daripada 3 Timbalan Pengurus Besar mewakili pihak pengurusan tertinggi serta 10 pegawai dan kakitangan LIGS dari Ibu Pejabat. Pendakian bermula pada 21 Jun 2025 jam 9.00 pagi dari Timpohon Gate dan berjaya disempurnakan pada 22 Jun 2025 sekitar jam 3.00 petang. Misi ini bukan sekadar pendakian, tetapi simbol komitmen dan semangat kebersamaan seluruh warga LIGS dalam menjulang legasi 75 tahun penubuhan organisasi. Ia juga merupakan antara program utama yang dirangka sepanjang tahun sempena Sambutan 75 Tahun LIGS. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Taman-Taman Sabah atas kerjasama dan keizinan yang telah diberikan, sekaligus membolehkan misi ini dilaksanakan dengan lancar dan penuh bermakna.


