
MAJLIS AMANAT PENGURUS BESAR LIGS 2026
KOTA KINABALU Majlis Amanat Pengurus Besar LIGS bagi tahun 2026. Majlis amanat tersebut telah berlangsung dengan jayanya dimana majlis ini bertujuan mendengar amanat daripada Pengurus Besar LIGS. Majlis ini julung-julung kali diadakan dan semua Timbalan Pengurus Besar diberikan ruang menyampaikan amanat bagi unit masing-masing sebelum amanat daripada Pengurus Besar. Antara intipati ucapan YBhg. Pengurus Besar LIGS (Ts Sabdil Bin Tanjong) ialah beliau menekankan betapa pentingnya kerja berpasukan dan nilai kebersamaan antara kakitangan LIGS. Beliau menyatakan bahawa, apa yang LIGS telah capai pada hari ini ialah berkat daripada semangat kerja berpasukan yang diamalkan oleh kakitangan LIGS tanpa mengira bahagian dan jawatan. Beliau juga menyatakan bahawa dengan adanya semangat kebersamaan tersebut akan timbul rasa hormat sesama kakitangan. Beliau menyeru agar semua kakitangan berganding bahu mengekalkan prestasi cemerlang LIGS dan meningkatkan produktiviti kerja ke arah kesejahteraan pekebun kecil getah. Dalam amanat ini juga, Pengurus Besar sangat menghargai sumbangan daripada semua lapisan kakitangan LIGS dengan tidak mengabaikan kebajikan kakitangan. Dalam pada itu, beliau turut memberikan imbuhan kepada kakitangan termasuklah pekerja bergaji hari. Pengurus Besar turut menekankan betapa pentingnya budaya pembelajaran sepanjang hayat di kalangan kakitangan. Untuk meningkatkan prestasi LIGS, kakitangan perlu la sentiasa meningkatkan ilmu bagi setiap bidang kerja masing-masing. Akhir sekali Pengurus Besar mengingatkan kepada kakitangan bahawa jawatan yang disandang semasa berkhidmat di LIGS bukan la satu alat atau bahan untuk merendahkan dan apa lagi dibangga - banggakan kerana tabiat seperti ini adalah tidak baik dan boleh menjejaskan reputasi sebagai seorang kakitangan awam dan akhirnya merugikan diri sendiri. Cukup la bersikap sederhana (wasatiah) atau seperti peribahasa "Ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk" bermaksud seseorang yang semakin berilmu, berpengalaman, atau tinggi pangkat, seharusnya semakin merendah diri. Majlis ini dihadiri seramai 271 orang kakitangan dari pelbagai daerah/unit termasuk anak syarikat LIGS. Di akhir majlis ini ialah Pelancaran Bank Sumbangan Linen LIGS yang disempurnakan oleh YBhg. Ts Sabdil Bin Tanjong, Pengurus Besar LIGS.



