Berita Terkini

Kembali ke Berita
7 Mac 2026

PENYERAHAN BANTUAN BANJIR KEPADA PEKEBUN KECIL

7 - 8 Mac 2026 | KOTA MARUDU Penyerahan bantuan banjir kepada pekebun kecil getah yang terjejas bagi kawasan Kota Marudu, Pitas dan Kanibongan melibatkan seramai 667 orang penoreh yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku pada 22 Feb 2026. Penoreh yang terkesan telah menerima bantuan berupa keperluan dapur seperti beras dan minyak masak serta pakaian bagi meringankan beban pekebun yang terjejas banjir. Bagi melancarkan pemberian bantuan tersebut, kakitangan LIGS daripada Ibu Pejabat dan Daerah telah diberikan tugasan untuk menggalas tanggungjawab mengatur proses penyerahan bantuan supaya ianya berjalan dengan lancar. Turut serta di dalam penyerahan bantuan tersebut ialah Tuan Mohd Redzuan Bin Haji Awang, Timbalan Pengurus Besar bahagian pembelian getah. Masdun Elit (63 tahun) - merupakan salah seorang penerima bantuan yang menetap di Kampung Rasak Lau. Beliau merakamkan terima kasih kepada pihak LIGS di atas pemberian bantuan ini yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada penduduk terbabit. Pengurusan LIGS berharap dengan ada nya bantuan ini, sedikit sebanyak meringankan beban akibat banjir terutamanya penoreh yang terlibat dengan bencana banjir. Bantuan banjir ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 60,000.00 ringgit