Berita Terkini

Kembali ke Berita
9 April 2026

LAWATAN PENGERUSI LIGS KE PENEMPATAN PENOREH GETAH KG. TOPOKON

Tamparuli, Lawatan Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah, YBhg. Datuk Seri Panglima Jahid Jahim ke penempatan penoreh getah LIGS (ISG Kg. Topokon). Dalam lawatan ini YBhg. Datuk Seri Pengerusi LIGS sempat mengunjungi rumah penoreh yang telah musnah akibat kebakaran. Dalam masa sama beliau juga mengambil kesempatan melawat rumah-rumah penoreh dan beramah mesra dengan penoreh-penoreh di situ. Mengakhiri sesi lawatan ini, YBhg. Datuk Seri melawat ladang getah yang dikendalikan oleh Skim Penempatan Getah Tuaran. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pengurus Besar LIGS Ts. Sabdil Tanjong dan Pengurus Skim Penempatan Getah Tuaran, En. Mohd. Hisham Bin Mohd. Jais.