Berita Terkini

Kembali ke Berita
13 April 2026

LAWATAN KERJA SARIB KE LIGS TUARAN MEMPERKUKUH KERJASAMA INDUSTRI GETAH SABAH–SARAWAK

TUARAN - Lembaga Industri Getah Sabah telah menerima rombongan lawatan kerja daripada Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB) yang diketuai oleh Pengurus Besar SARIB Tuan Make Jiwan. Rombongan telah dibawa melawat ke Kilang SMR Tuaran serta ladang-ladang getah di Tuaran. Lawatan tersebut disusuli dengan mesyuarat dua hala di antara Pengurusan LIGS dan SARIB bagi menerokai peluang kerjasama di antara dua agensi.