Kembali ke Berita

16 April 2026
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MAFFI SABAH MERIAH DI WISMA PERTANIAN
KOTA KINABALU - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) bertempat di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah. Majlis ini berlangsung meriah dengan penyertaan dari semua agensi di bawah MAFFI. Majlis tersebut bermula pada jam 10 pagi serta dimulai dengan sesi lawatan YB Menteri ke setiap booth-booth yang telah disediakan oleh setiap agensi dan seterusnya ucapan daripada YB Menteri. Setiap agensi menyediakan pelbagai jenis juadah makanan dan kuih muih tradisional dengan berkonsepkan suasana kampung.





