Berita Terkini

Kembali ke Berita
1 Mei 2026

PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH

PAPAR - Berlangsungnya Perasmian Majlis Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Penglima Haji Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung di Dewan Masyarakat Papar dengan tema Kaamatan tahun ini Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan. Pelbagai acara dan pertandingan telah disusun atur antaranya seperti pertandingan sugandoi kaamatan, unduk ngadau kanak-kanak dan Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Daerah Papar. LIGS telah mengambil bahagian dalam pameran Jabatan-jabatan di bawah MAFFI bagi memeriahkan lagi sambutan pembukaan Majlis Pembukaan Perayaan Kaamatan pada kali ini.