Kembali ke Berita

7 Mei 2026
PERLAKSANAAN AUDIT DALAMAN LIGS, MS ISO 9001:2015
TENOM, 7 & 8 Mei - Telah berlangsung sesi Audit Dalaman Unit Kemajuan Pekebun Kecil Tenom. Pengauditan pada kali ini dilaksanakan oleh juruaudit dalaman diketuai oleh En. Razlan Shah bin Dapsi, En. Mohd Farid bin Johari dan En. Dalilul bin Thakdim. Sementara Ketua Auditee ialah En. Justine AK Colony. Pengauditan ini merangkumi pemeriksaan kepada pematuhan Prosidur Kerja dan Proses Kerja seperti mana yang terdapat di dalam Manual Kualiti MS ISO 9001:2015 LIGS. Audit Dalaman ini juga telah berlangsung di unit-unit lain di seluruh daerah termasuk Ibu Pejabat LIGS.

