Berita Terkini

Kembali ke Berita
18 Mei 2026

SAMBUTAN PERAYAAN KAAMATAN PERINGKAT MAFFI (2026)

KOTA KINABALU – Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) turut terlibat memeriahkan Majlis Sambutan Kaamatan peringkat Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) yang berlangsung di ruang legar Wisma Pertanian Sabah. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YB Menteri, Datuk Jamawi Jaafar dimana dalam ucapan perasmiannya beliau menzahirkan kesyukuran kerana warga MAFFI dapat meraihkan sambutan Kaamatan di samping dapat mengekalkan warisan budaya Kaamatan sebagai simbol keharmonian rakyat Sabah yang berbilang kaum. Sambutan kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antara jabatan termasuk persembahan tarian dan koir oleh kakitangan LIGS, pertandingan Sugandoi, hiasan booth tercantik serta penampilan istimewa Mr. Kaamatan 2025 dan Unduk Ngadau 2025 yang menambahkan lagi kemeriahan suasana. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah, Datuk Seri Panglima Jahid Jahim, Pengurus Besar LIGS, Tuan TS Sabdil Tanjong, timbalan-timbalan pengurus besar serta warga kerja LIGS.