Kembali ke Berita

11 Jun 2026
MAJLIS SENTUHAN KASIH DAN PENGHARGAAN KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM 2025
KOTA KINABALU - Berlangsungnya Majlis Penghargaan Kecemerlangan Akademik SPM 2025 anak pekebun kecil dan kakitangan LIGS (AKAL). Majlis ini bertujuan bagi meraihkan anak-anak penoreh getah yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Acara yang julung kali dianjurkan ini melibatkan seramai 48 pelajar cemerlang dan diraihkan di dalam majlis pada hari ini. Inisiatif pemberian imbuhan kecemerlangan akademik ini diharap dapat membakar semangat pelajar yang terlibat agar lebih berjaya di peringkat yang seterusnya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Seri Panglima Jahid Jahim, Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah.







