Kembali ke Berita

7 Julai 2026
AKTIVITI PEMBELIAN GETAH BERJADUAL OLEH UNIT PEMBELIAN GETAH KOTA BELUD
KOTA BELUD - Aktiviti pembelian getah berjadual oleh kakitangan Unit Pembelian Getah LIGS Kota Belud di Kampung Tengkurus dan Kampung Kebidahan. Aktiviti ini merupakan komitmen berterusan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) bagi memastikan pekebun kecil di kawasan terbabit mendapat akses pasaran yang adil, telus, dan sistematik. Pembelian secara tunai dijalankan terus kepada komuniti pekebun kecil di kawasan ladang dan stor Unit Pembelian Getah. Pekebun kecil di kawasan Kota Belud boleh menghubungi pejabat operasi Unit Pembelian Getah LIGS Kota Belud di talian 088-973392 untuk sebarang pertanyaan berkaitan jadual pembelian getah bagi Daerah Kota Belud.



