
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN HARI SABAH DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2026
KOTA KINABALU - Berlangsungnya Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2026. Dalam acara ini Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) turut serta mengambil bahagian dalam program yang telah di susun atur sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah di seluruh negeri. LIGS sekali lagi melakar sejarah sebagai satu-satunya agensi badan berkanun Kerajaan Negeri Sabah yang menyahut cabaran menyertai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026. Penyertaan ini mencerminkan iltizam dan komitmen LIGS dalam menyokong program berunsurkan kenegaraan dan patriotisma. Konvoi ini dijadualkan berlangsung bermula 7 Ogos hingga 26 Ogos 2026, bermula di Sipitang. Program jelajah ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah di seluruh Sabah.