
KUNJUNGAN YB MENTERI MAFFI KE PROJEK INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) KG. GANA
KOTA MARUDU - Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah (Maffi) hari ini telah melawat Projek Tanaman Nanas MD2 yang bertempat di kampung Gana Kota Marudu. Lawatan ke ladang terbesar nanas MD2 di Sabah ini, bertujuan meninjau operasi ladang nanas MD2 yang dikendalikan oleh LIGS. Turut serta bagi sesi lawatan ini ialah Wakil Rakyat ADUN Tandek YB Datuk Hendrus Anding, Wakil Rakyat ADUN Bandau YB Datuk Dr Maijol Mahap, Pengurus Besar LIGS Tuan Ts Sabdil Tanjong dan juga Ketua-ketua Jabatan di bawah MAFFI. Lawatan bersejarah ini menunjukkan sokongan berterusan daripada Menteri MAFFI dan Wakil Rakyat setempat terhadap projek IPR yang berjaya memberikan perubahan berimpak tinggi kepada pembangunan sosioekonomi penduduk luar bandar terutamanya para peserta yang terdiri daripada pekebun kecil getah.




