Perkhidmatan dalam Talian

Harga Getah Sabah (RM/Kg)


Harga Getah tidak termasuk Insentif Pengeluaran Getah (IPG)
*LIGS : Bantuan LIGS
*BKNS : Bantuan Kerajaan Negeri Sabah

Ses Getah Sabah (RM/Tan)
Getah RM 22.00
Tanam Semula RM 100.00
Getah Mentah RM767.00/ Metrik Tan

13/05/2024 HINGGA 19/05/2024

MESYUARAT PENYELARASAN EXCO-EXCO LUAR BANDAR (MEXCLUB)

KOTA KINABALU - 10 MEI 2024

Pada hari ini satu Mesyuarat Penyelarasan dengan Exco-exco Luar Bandar (MEXCLUB) telah diadakan di Grand Ballroom, The Pasific Sutera, Kota Kinabalu. Dalam mesyuarat tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melawat gerai pameran LIGS dan sempat menikmati buah nanas segar dan jus nanas yang dihasilkan oleh para peserta program AET.

Beberapa produk usahawan di bawah bimbingan LIGS turut dipamer dan dijual semasa program tersebut antara lain adalah seperti buah Nanas MD2 segar, Jus nanas, madu kelulut dan beberapa makanan berasaskan buah nanas. Pada ketika ini, LIGS lebih menumpukan bidang tanaman nanas MD2 sebagai program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) memandangkan potensi pasaran di dalam mahupun di luar negara adalah amat menggalakkan.

KURSUS KESEDARAN PEMAKAIAN ALAT KESELAMATAN KENDIRI

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) pada 6 - 8 Mei 2024 telah dengan jayanya menganjurkan Kursus Kesedaran Pemakaian Peralatan Pelindungan Kendiri di Skim Penempatan Getah yang telah disertai oleh seramai 957 peserta. Tujuan kursus ini diadakan bagi memastikan para pekebun kecil getah peka terhadap kepentingan menjaga keselamatan diri sendiri ketika melakukan akitiviti penyelenggaraan di ladang seperti meracun, memotong rumput, dan membaja.

Selain daripada itu juga, Kursus ini merupakan salah satu keperluan yang membolehkan peserta tersebut diserap sebagai sebahagian daripada ahli dalam pensijilan Forest Stewart Council (FSC) Sijil Pengurusan Hutan.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH BERSAMA ROMPIN INTEGRATED PINEAPPLE INDUSTRIES SDN. BHD. DAN UNA CROP SDN. BHD.

KOTA KINABALU - 16 APRIL 2024

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Lembaga Industri Getah Sabah bersama Rompin Integrated Pineapple Industries Sdn. Bhd. (Rompine) dan Una Crop Sdn. Bhd telah berlangsung pada pagi ini bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu.

Memorandum pertama adalah dengan Rompin Integrate Pineapple Industries Sdn Bhd, yang akan memastikan semua hasil buah nanas MD2 yang diusahakan akan mempunyai pasaran yang stabil dan sekaligus membantu dalam membina ekosistem industri nanas yang mampan bagi negeri Sabah. Memorandum yang ditandatangani bukan sekadar jalinan kerjasama antara Syarikat ROMPINE dan LIGS malah menjadi simbolik kerjasama antara Kerajaan Negeri Pahang dan juga Kerajaan Negeri Sabah.

Memorandum kedua dengan Una Crop Sdn Bhd pula akan memastikan LIGS mempunyai akses kepada benih nanas MD2 berkualiti tinggi serta kepakaran teknikal yang diperlukan untuk memastikan kejayaan program ini dari segi kuantiti dan kualiti hasil.

“Kerjasama dengan dua syarikat yang berpengalaman dan terkemuka dalam bidang masing-masing ini, tidak hanya menunjukkan kepercayaan mereka terhadap Visi LIGS, tetapi juga merupakan langkah besar dalam usaha untuk mengangkat martabat pertanian negeri Sabah di persada dunia” dalam ucapan YB Tuan Peto Galim, Pembantu Menteri I, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang mewakili YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.

Baca Sepenuhnya...

PROGRAM "BELIEVE IN YOUR DREAM"

KOTA MARUDU: Program "Believe in Your Dream" telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Gana Kota Marudu pada 10 Mac 2024. Majlis dianjurkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan LIGS.

Program ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hendrus Anding - Pembantu Menteri 1, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah disertai, Datuk Edward Linggu J.P - Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah, Tuan Sabdil Tanjong - Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah Tuan Eswadi Bin Roslan - Presiden Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan LIGS dan Tuan Marshal Anthony@Idham Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu.

Program "Believe In your Dream" merupakan satu program kesedaran dan latihan kepada para ibu bapa bagi memupuk semangat dan mengangkat Pendidikan sebagai satu wadah perubahan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Datuk Hendrus Anding bahawa Program "Believe In Your Dream" ini bukan sekadar program, ia adalah manifestasi dari impian dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah bagi anak-anak kita. Melalui program ini, kita berusaha untuk menanamkan semangat dan motivasi kepada anak-anak Kampung Gana untuk melihat pendidikan sebagai kunci ke arah kejayaan dan pembangunan diri yang lestari.

Disamping itu, Datuk Edward Linggu J.P selaku Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah juga menjelaskan kepentingan pendidikan bukan sekadar proses memperoleh pengetahuan, tetapi ia merupakan inspirasi yang memberi kekuatan kepada individu untuk mengubah nasib mereka dan komuniti mereka. Di LIGS, kami mengakui betapa pentingnya pendidikan dalam membentuk masa depan yang cerah bagi setiap anak di Kampung Gana. Kenyataan ini juga disokong oleh Tuan Sabdil Tanjong Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah dengan menyeru kepada semua ibu bapa, marilah kita bersama-sama beriltizam, bukan hanya untuk menyaksikan perubahan kepada pendidikan anak-anak KG Gana, tetapi untuk menjadi sebahagian daripada perubahan tersebut.

YB Pembantu Menteri juga berkesempatan melawat ladang Inisiatif Pendapatan Rakyat (INTAN) dan sangat berpuas hati dengan kejayaan Lembaga Industri Getah Sabah dengan melaksanakan projek berskala besar seperti ini kerana dengan projek ini ia mampu memberikan peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk Kampung Gana.

LIGS PENERIMA SIJIL PENGURUSAN HUTAN PERTAMA DI MALAYSIA

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), agensi dibawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah telah berjaya mendapat Pensijilan Pengurusan Hutan bagi kategori getah daripada Forest Stewardship Council yang pertama di Malaysia.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata Ini merupakan sahutan cabaran dan tanggungjawab sikap peduli terhadap alam sekitar, dan penganugerahan dan pensijilan oleh Majlis Pengawasan Hutan (Forest Stewardship Council-FSC) yang dimulakan di daerah Tuaran adalah merupakan sejarah bagi sektor getah Malaysia.

“Seramai 56 peserta terlibat di ladang LIGS Skim Penempatan Getah Tuaran yang menjadi perintis dan penerima pensijilan yang disampaikan ini,” katanya di majlis Penyampaian Sijil FSC di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah, semalam. Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri II berkata LIGS sedang berusaha meluaskan skop pensijilan ke ladang-ladang lain di beberapa daerah termasuklah daerah Tenom, Keningau dan Sipitang dengan matlamat semakin ramai pekebun kecil dimasukkan ke dalam skim kumpulan FSC.

Menurutnya pematuhan kepada Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) merupakan cabaran global masa kini. “Peraturan dan syarat dikenakan ke atas pemasaran produk seperti getah, sawit, koko dan sebagainya,” katanya. Beliau berkata melalui pengkitirafan dan pensijilan pengurusan ladang yang ketat oleh FSC, ia membuka peluang pasaran baru yang lebih luas dan tidak hanya bergantung kepada yang sedia ada. “Ini adalah satu peluang kepada kita bagi memperluaskan produk komoditi khususnya getah dari Sabah sehingga ke Eropah pada satu hari nanti,” kata Jeffrey.

MAJLIS PENYAMPAIAN GAJI PERTAMA

PENYERAPAN PEKERJA BERGAJI HARI KE GAJI BULAN ANJURAN UNIT LATIHAN & KOMPENTENSI BAHAGIAN PENTADBIRAN

TUARAN: Majlis Penyampaian Gaji Pertama penyerapan Pekerja Bergaji Hari (PBH) ke gaji bulan telah diadakan bertempat di Unit Pusat Latihan Lembaga Industri Getah Sabah, Tuaran pada 25 Januari 2024. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Latihan & Kompetensi Bahagian Pentadbiran.

Pada majlis tersebut, seramai 41 orang Pekerja Bergaji Hari (PBH) telah diserapkan ke gaji bulan. Ini merupakan peningkatan berbanding pada tahun-tahun yang lalu yang mana seramai 22 orang pada tahun 2021 manakala 7 orang tahun 2022. Ini adalah selaras dengan matlamat LIGS untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dalam pelbagai bidang dan sedikit sebanyak dapat memberikan suntikan semangat agar kakitangan dapat bekerja dengan lebih gigih lagi.

Program ini juga merupakan salah satu intipati yang terkandung dalam ‘Malaysia Madani’ iaitu matlamat dan usaha kerajaan untuk meningkatkan Indek Kegembiraan kakitangan untuk menjadikan LIGS sebuah organisasi yang berprestasi tinggi (i-KOBT).

Turut diadakan dalam majlis tersebut adalah taklimat Pengenalan kepada Perkhidmatan Awam, taklimat Kemudahan dan Tuntutan Elaun, taklimat Pengukuhan Integriti Penjawat Awam dan seterusnya Penyampaian Amanat oleh Pengurus Besar LIGS, Tuan Sabdil bin Tanjong antara lainnya menggesa agar dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan LIGS supaya objektif dan matlamat organisasi tercapai iaitu meningkatkan taraf kehidupan pekebun kecil getah khususnya di negeri Sabah.

MAJLIS AMANAT

TIMBALAN KETUA MENTERI I, MERANGKAP MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH

KOTA KINABALU: Majlis Amanat YB Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan telah diadakan pada 23 Januari 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Pembantu Menteri (I) – Datuk Hendrus Anding, YB Pembantu Menteri (II) – Tuan Peto Galim, Datuk Robert Stidi – Setiausaha Tetap (SUT) MAFFI, YB. Puan Jannie Lasimbang – Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa, Datuk Edward Linggu – Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah, Timbalan I & II (SUT), Pengarah-Pengarah Jabatan & Agensi di bawah MAFFI, Pengarah-Pengarah Jabatan & Agensi di bawah Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (MAFS) serta kakitangan di bawah MAFFI.

Baca Sepenuhnya...

HEBAHAN INTEGRITI

“Integriti Di Hati” | Pertandingan Video Pendek (Naib Johan)