Portal Rasmi

LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

LAWATAN PENGERUSI DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH
  1. 1
  2.  2
  3.  3
  4.  >
  5.  >>

Pengerusi LIGS, Tuan Edward Linggu beserta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah telah mengadakan Lawatan Kerja ke LIGS daerah Tuaran pada 23 Mac 2021.  Lawatan kerja tersebut, turut dihadiri oleh Pengurus Besar LIGS, Tuan Sabdil Bin Tanjong bersama Timbalan-Timbalan Pengurus Besar dan kakitangan LIGS di daerah Tuaran.  Ini merupakan lawatan yang julung kali diadakan semenjak pelantikan Ahli Lembaga Pengarah baharu LIGS.


Rombongan tersebut telah mengadakan Lawatan Kerja ke Unit Semaian Buah-Buahan Tuaran dan Skim Penempatan Getah Tuaran. Dalam lawatan tersebut, rombongan telah diberikan taklimat oleh Pegawai Penguasa dan Pengurus Skim masing-masing mengenai peranan dan fungsi Unit berkenaan.  Sebelum lawatan ke Kilang SMR Tuaran, rombongan tersebut telah dibawa melawat ke ladang untuk melihat dengan lebih dekat lagi aktiviti-aktiviti pembelian yang dilaksanakan oleh LIGS di ladang-ladang pekebun kecil.


Lawatan diakhiri ke Kilang Getah SMR Tuaran dan di sepanjang lawatan tersebut, rombongan telah dibawa untuk melihat setiap aktiviti pemprosesan di kilang tersebut.  Sebelum itu, mereka telah diberikan taklimat oleh Pengurus Kilang, Encik Alfunsus Danding.  Lawatan Kerja disudahi dengan ucapan Pengerusi LIGS, Tuan Edward Linggu, yang mana menyarankan agar Ahli-Ahli Lembaga Pengarah LIGS bersama-sama pihak Pengurusan dapat menggunakan input, maklumat, panduan dan informasi untuk dianalisa bagi membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah di Sabah selaras dengan matlamat Kerajaan untuk mengurangkan jurang kemiskinan.

Harga Getah Sabah (RM/Kg) 13 Apr. 2021
Harga
Harian
BKNS
LIGS
Jumlah
  Susu Getah
RM 7.12
RM 0.50
RM 0.10
RM 7.72
  Kepingan Gred I
RM 2.90
RM 0.32
RM 0.06
RM 3.28
  Kepingan Gred II
RM 2.44
RM 0.27
RM 0.05
RM 2.76
  Kentalan Gred I
RM 2.76
RM 0.30
RM 0.06
RM 3.12
  Kentalan Gred II
RM 2.30
RM 0.25
RM 0.05
RM 2.60
  Sekrap
RM 0.60
RM 0.60
Harga Getah tidak termasuk Insentif Pengeluaran Getah (IPG)
*BKNS : Bantuan Kerajaan Negeri Sabah
*LIGS : Bantuan LIGS
Ses Getah Sabah (RM/Tan)
  Getah
RM  22.00
  Tanam Semula
RM 100.00
  Getah Mentah
RM 678.50
12 April 2021 hingga 18 April 2021
 
LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH
(Agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah)
Aras 3, Blok A, Wisma Pertanian Sabah,
Jalan Tasik Luyang (Off Jalan Maktab Gaya)
Beg Berkunci 2016,88999, Kota Kinabalu
SABAH.
HUBUNGI KAMI
gm.getah@sabah.gov.my

088-212 311 / 210531 / 210561

088-234940 / 268586
Dibangunkan oleh Unit Teknologi Maklumat @Lembaga Industri Getah Sabah . Hakcipta terpelihara © 2020